Home Artikel PAS Wilayah

Keprihatinan Demi Kesejahteraan Duniawi dan Ukhrawi

301
SHARE

Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-63 buat seluruh rakyat Malaysia.

Tema ‘Malaysia Prihatin’ sempena sambutan kemerdekaan kali ini membawa pengertian keprihatinan dan kesepaduan seluruh rakyat Malaysia dalam memerangi pandemik Covid-19 yang melanda negara kita.

Ia juga boleh dilihat sebagai simbol kepedulian kerajaan yang telah melancarkan pelbagai inisiatif demi memastikan kesejahteraan rakyat dalam situasi sukar hari ini seperti Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Menelusuri sejarah kemerdekaan negara, pengorbanan dan perjuangan nenek moyang kita yang memerdekakan tanah air sewajarnya dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia.

Nikmat keamanan dan keharmonian ini seharusnya disyukuri serta dipertahankan bagi menjamin kemakmuran Malaysia dan rakyatnya yang berbilang kaum.

Semoga bumi Malaysia ini setiasa diberkati oleh Allah SWT dan membangun subur dengan nilai-nilai Islam yang bukan sahaja menatijahkan kebahagiaan duniawi bahkan juga kesejahteraan ukhrawi yang kekal abadi.

#MalaysiaPrihatin
#IslamMemimpinPerpaduan
#IslamMemimpinWanitaSejahtera

DEWAN MUSLIMAT PAS WILAYAH PERSEKUTUAN