Home Kenyataan Media PAS Pahang

Kenyataan Rasmi PAS Pahang: Minggu Solidariti untuk Palestin perlu diteruskan

78
SHARE

KENYATAAN RASMI PAS NEGERI PAHANG
30 Oktober 2023 | 15 Rabiulakhir 1445H

MINGGU SOLIDARITI UNTUK PALESTIN PERLU DITERUSKAN

1. PAS PAHANG ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atas inisiatif melaksanakan Minggu Solidariti untuk Palestin.

2. Namun, PAS PAHANG melihat garis panduan yang dikeluarkan sedikit mengabaikan kebijaksanaan para guru dalam menilai aspek dan elemen keganasan kerana semua telah sedia maklum bahawa KPM sentiasa menganjurkan bulan kemerdekaan saban tahun di mana guru-guru dan pelajar telah pun membuat pelbagai persembahan termasuk pentomin dan lain-lain yang menepati semangat dan ciri penjuang kemerdekaan sejak sekian lama.

3. PAS PAHANG juga telah meneliti dan melihat tindakan anggota parti daripada pihak kerajaan termasuk tiga Ahli Parlimen dan sembilan ADUN PKR termasuk ADUN Semambu yang turut menandatangani kenyataan agar Minggu Solidariti Palestin ini dibatalkan serta kenyataan rasmi yang dikeluarkan DAP adalah dangkal dan tidak matang dengan hanya berbekalkan dengan satu dua imej tular di media masa yang belum disahkan tujuan dan sebab imej sedemikian di ambil.

4. Pihak DAP, MCA dan GERAKAN serta lain-lain sepatutnya menyeru agar semua sekolah-sekolah di Malaysia termasuk sekolah persedirian cina dan mubaligh menyuburkan program solidariti untuk Palestin agar segenap rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan keturunan bersama-sama bersatu hati dalam isu Palestin ini sekaligus mendekatkan hubungan dalam kalangan rakyat Malaysia.

YB USTAZ ROSLI ABDUL JABAR
PESURUHJAYA PAS NEGERI PAHANG