Home Kenyataan Media PAS Perlis

Kenyataan Rasmi Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis

720
SHARE

MARA MENUJU CITA MENEGAKKAN ISLAM YANG SEJAHTERA

 

Assalamualaikum W.B.T.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia kali ke-58 dan Muktamar PAS Pusat kali ke-63 baru sahaja melabuh tirainya.

“Sejahtera Bersama Islam” dan “Mara Menuju Cita” adalah dua tema yang begitu tinggi nilainya.

Perjuangan Baginda Nabi S.A.W di zaman Mekah al Mukarramah adalah mengeluarkan umat dari kegelapan menuju cahaya Allah S.W T Beruntunglah mereka yang diberikan hidayah oleh Allah S.W.T untuk menerima Islam dan kekal di dalamnya dalam keadaan sejahtera. Kesejahteraan itu akhirnya dinikmati hingga ke hujung hayat.

Perjuangan Baginda Nabi S.A.W membawa Islam tidak terhenti di Mekah al Mukarramah sahaja, malah Baginda Mara Menuju Cita apabila Allah SWT memberikan sebuah kerajaan di Madinah Al-Munawwarah untuk menjadi kerajaan contoh buat umat akhir zaman.

Maka bermulalah era Islam memimpin dunia dan Baginda S.A.W berjaya mengurus tadbir kerajaan Madinah dengan jayanya.

Dewan Pemuda PAS Perlis akan terus mara menuju cita memberi kefahaman kepada sekalian rakyat terutama rakyat Perlis supaya sentiasa mengesakan Allah S.W.T dan mengikut landasan yang telah ditinggalkan oleh rasulullah S.A.W.

Kita semakin menghampiri kemenangan dan Allah S.W.T tidak pernah memungkiri janji-Nya. Percayalah dengan janji Allah SWT.

Allahu Akbar !!!

#SejahteraBersamaIslam
#MaraMenujuCita

Muhammad Azmir Azizan
Ketua
Dewan Pemuda PAS Perlis

3 Mei 2017

{jathumbnail off}