Home Kenyataaan Media PAS Perak

Kenyataan Media Pesuruhjaya PAS Perak berkenaan situasi banjir di Pulau Pinang

1,720 views
SHARE

KENYATAAN MEDIA PESURUHJAYA PAS PERAK BERKENAAN SITUASI BANJIR DI PULAU PINANG

1. Situasi terkini banjir di Pulau Pinang semakin membimbangkan bahkan melalui maklumat yang dinyatakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang di beberapa pusat pemindahan banjir menyukarkan lagi keadaan.

2. PAS Perak turut bersimpati atas ujian yang berlaku justeru PAS Perak bersedia menghantar segala bentuk bantuan melalui agensi parti seperti Jabatan Amal Malaysia dan Khidmat Malaysia bagi membantu mangsa-mangsa.

3. Semua pihak diminta berada dalam keadaan bersiap sedia untuk membantu rakyat Pulau Pinang dan tempat-tempat di sekitar Perak yang juga dilanda banjir di beberapa kawasan seperti Lenggong, Bagan Serai, Larut Matang serta beberapa kawasan.

4. PAS Perak mengharapkan seluruh markaz-markaz PAS di Negeri Perak boleh mengadakan solat hajat agar dipermudahkan urusan bantuan mangsa serta dilindungi dari perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

5.Pastikan semua pihak cakna dan peka berkaitan keselamatan dalam menjalankan aktiviti agar dapat menjaga sebaiknya keselamatan terutama ketika hujan lebat dan sebagainya.

6. Teruskan berdoa agar keadaan banjir semakin baik dan tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Semua rakyat perlu bersabarlah diatas ujian Allah SWT melalui  musibah banjir. Hanya dengan kuasa Allah SWT sahaja mampu memberikan sebaiknya bantuan dan pertolongan.

 SEJAHTERA BERSAMA ISLAM

 PAS MEMIMPIN PERUBAHAN
*Haji Razman Zakaria*

Pesuruhjaya PAS Perak
Bertarikh: 16 Safar 1439H / 5 November 2017M