Home Berita PAS Sabah

KENYATAAN MEDIA PERINGATAN BERWASPADA: JANGKAAN BANJIR & AIR PASANG BESAR

8
SHARE

1. Berikutan ramalan luruan monsun yang dijangka berlaku pada 4 hingga 7 Februari 2025, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan di Sabah dan Sarawak, serta amaran angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan.

2. Sehubungan itu, Khidmat Malaysia Negeri Sabah ingin mengingatkan dan menasihatkan semua pihak agar berwaspada terhadap kemungkinan gelombang ketiga banjir dan fenomena air pasang besar yang boleh memburukkan lagi keadaan.

3. Penduduk di kawasan rendah, berhampiran sungai, dan berisiko banjir dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan amaran rasmi daripada pihak berkuasa. Bersedia untuk sebarang kemungkinan pemindahan. Menyimpan dokumen penting dan barang keperluan di tempat selamat. Elakkan aktiviti di kawasan pantai dan perairan terbuka sepanjang tempoh ini.

4. Kami menyeru semua pihak untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan mengikuti perkembangan cuaca terkini melalui laman web MET Malaysia www.met.gov.my, media sosial rasmi MET Malaysia dan agensi berkaitan, aplikasi myCuaca untuk maklumat sahih dan terkini.

5. Khidmat Malaysia Negeri Sabah akan terus memantau situasi ini dan bersiap sedia bagi sebarang bantuan kecemasan.

Sahar Abdul Majid
Pengerusi
Khidmat Malaysia Negeri Sabah
7 Februari 2025