Home Kenyataan Media PAS Selangor

Kenyataan Media PAS Selangor – YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi Pesuruhjaya PAS Selangor : Perikatan Nasional Selangor Harus Berjiwa Besar Dan Berlapang Dada

830
SHARE

Selangor masih lagi ditadbir oleh Pakatan Harapan yang telah hilang kuasa pentadbiran diperingkat Kerajaan Persekutuan akibat peletakan jawatan Perdana Menteri ketika itu. Urus tadbir Kerajaan PH yang sangat mengecewakan rakyat Malaysia, bergaduh disebabkan perebutan jawatan Perdana Menteri. Langkah Kajang tidak pernah menjadi pengajaran buat mereka.

Alhamdulillah Muafakat Nasional di beri kerajaan lebih awal 3 tahun dengan menyelamatkan negera kita yang kehilangan nakhoda. Justeru itu PN Selangor harus lebih bijak mengatur langkah untuk terus mendapatkan keyakinan rakyat.

Janganlah kita terbawa2 dengan ideologi kerakusan kuasa dan gila jawatan. Matlamat tidak menghalalkan cara! PN yang baru mula dibina, binalah dengan semangat permuafakatan. Letakkan kepentingan rakyat di hadapan. Muafakat Nasional harus terus di perkukuhkan, perpaduan kepelbagaian masyarakat harus diperkasakan melalui semangat rukun negara.

Saya mengingatkan ahli-ahli PAS di negeri Selangor agar terus beristiqamah dalam perjuangan dan perkasakan tarbiyah di peringkat cawangan-cawangan. ‘Jangan kita solat di hadapan Kaabah tapi berimamkan imam di Masjidil Aqsa’.

3 Zulhijjah 1441H | 24 Julai 2020

#PASSelangor

#BersamaMembawaSejahtera

#IslamMemimpinPerpaduan