Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor menjunjung kasih titah DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di atas ketegasan terhadap pelaku yang menconteng kata-kata kesat ke atas lukisan mural YDPA dan pimpinan negara.
Perbuatan tersebut sangat biadap dan menyuburkan budaya vandalism sedangkan titah Tuanku Sultan bahawa hasil karya seni itu sepatutnya dihargai oleh semua pihak. Tuanku Sultan Selangor juga menjangkakan bahawa kejadian ini bukan dari hasil tangan budak-budak nakal atau golongan kurang siuman. Tetapi lebih kepada bermotifkan politik kebencian. Budaya politik tidak sihat dan matang ini sepatutnya tidak terjadi lagi dalam era kehidupan masyarakat pada hari ini.
Badan Perhubungan PAS Selangor menyambut baik perkenan titah Tuanku agar pelaku tersebut segera ditangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan.
29 Zulkaedah 1441H | 20 Julai 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3433848089959679&id=450332874977897&sfnsn=mo