Muafakat Nasional Selangor Terus Diperkasakan
Firman Allah SWT dalam surah AsSaff ayat 4 :
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ
Maksudnya : “Sesungguhnya Allah SWT mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugama-Nya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh”.
Memantapkan Muafakat Nasional adalah jalan yang harus terus di tempoh dengan strategik. Soal siapa pencetus MN telah berlalu dan ini adalah ketentuan Allah SWT di atas pengharapan dan tuntutan semua peringkat kedua-dua Parti Melayu Islam yang lama dalam perjuangan politik.
Selangor telah berada di hadapan dalam permuafakatan ini dari sudut persefahaman dan gerak kerja organisasi yang ampuh. Sudah tentu ada yang mencemburui dan cuba mengganggu gugat tahaluf yang berpiagam dan ada MOU yang telah ditandatangani oleh kedua pimpinan tertinggi parti.
Jawatankuasa diperingkat negeri dan parlimen telah lama selesai dan telah bergerak bersama dalam melaksanakan program-program kemasyarakatan.
Pengukuhan kerjasama ini akan diperhebatkan lagi dengan program turun parlimen oleh MN Negeri bagi memantapkan lagi kesediaan organisasi agar lebih bersedia dalam memasyarakatkan MN dan siap siaga jentera pilihan raya.
Perancangan menghadapi Pilihanraya Umum ke-15 akan di turunkan melalui program turun parlimen ini Insya-Allah dalam tempoh masa terdekat.
16 Zulhijjah 1441H | 6 Ogos 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan