Home Artikel PAS Perak

Kenyataan Media PAS Perak | Tahniah Kabinet Malaysia Sejahtera

771
SHARE

KENYATAAN MEDIA
BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PERAK
15 Rejab 1441 / 10 Mac 2020

-TAHNIAH KABINET MALAYSIA SEJAHTERA-

Badan Perhubungan PAS Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada semua Menteri dan Timbalan Menteri yang dilantik menganggotai Kabinet Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin termasuklah Ahli Parlimen yang terdiri daripada PAS.

PAS Perak mendukung sepenuhnya kepercayaan yang diberikan kepada mereka berdasarkan prinsip integriti menggabungkan tokoh politik serta teknokrat berpengalaman demi kebaikan rakyat dan negara Malaysia.

PAS Perak mendoakan semoga YAB Perdana Menteri dan barisan Kabinet Malaysia dapat menjalankan tugas sebaiknya dalam usaha menunaikan kewajipan ini dengan pertolongan Allah SWT serta mengharapkan kerjasama daripada penjawat awam dan rakyat keseluruhannya.

“ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN”

Sekian, terima kasih.

YB HJ RAZMAN ZAKARIA
Pesuruhjaya PAS Perak /
ADUN Gunong Semanggol