
Muafakat Nasional Negeri Selangor yang didukung oleh UMNO dan PAS Negeri menzahirkan rasa syukur dan mengalu-alukan langkah strategik pimpinan tertinggi kedua-dua parti di peringkat Pusat yang memutuskan untuk mendaftar Muafakat Nasional secara rasmi.

Sesungguhnya inisiatif ini mencerminkan komitmen tinggi kedua-dua parti dalam menobat dan memartabatkan perjuangan membela agama, bangsa dan negara sepertimana yang dimeterai di dalam Piagam Muafakat Nasional.
UMNO dan PAS Selangor yakin rakyat Negeri Selangor mengalu-alukan perkembangan positif ini dan kedua-dua parti akan bekerjasama dengan lebih rapat lagi demi mengukuhkan hubungan dan memantapkan jentera dalam memastikan Negeri Selangor dapat diselamatkan oleh Muafakat Nasional Negeri dalam PRU ke-15 nanti.
YB Tan Sri Noh Bin Omar
Pengerusi
Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor
YB Dato’ Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
3 RABI’UL AWAL 1442 | 20 OKTOBER 2020
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor