Home Berita PAS Pusat

Kenyataan Media : Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi

2811
SHARE

KENYATAAN MEDIA
PEJABAT MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

Alhamdulillah. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Rasulullah SAW.

1. Merujuk kepada Kenyataan Media Rasmi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam isu SOP PKPP, saya dengan ini memohon jutaan kemaafan kepada seluruh rakyat Malaysia atas kekhilafan yang berlaku.

Sebagai Menteri, saya bertanggungjawab untuk akur kepada peraturan dan SOP sepanjang tempoh PKPP.

2. Sebagai menzahirkan rasa bertanggungjawab, saya juga dengan ini akan memulangkan semua gaji saya sebagai Menteri untuk bulan Mei hingga Ogos 2020 sebagai sumbangan kepada Tabung Bantuan Bencana Negara (Tabung COVID-19) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Gaji Mac dan April 2020 juga telah disumbangkan sebelum ini ke Tabung tersebut sebagaimana keputusan Kabinet.

3. Saya juga akan terus bekerja keras dan melipat-gandakan lagi segala usaha dan tenaga saya untuk melaksanakan tugasan amanah sebagai Menteri bagi memastikan semua rakyat yang terlibat di bidang perladangan dan komoditi, khususnya lebih sejuta pekebun kecil B40 sentiasa mendapat manfaat dan terbela kebajikan mereka.

DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN BIN AMAN RAZALI,
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Tarikh: 22 Ogos 2020