KENYATAAN MEDIA:
LAJNAH PENDIDIKAN BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI JOHOR.
UEC: Kenyataan bercanggah antara Menteri dan Timbalan Menteri dalam KPM dikesali
1. Lajnah Pendidikan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor berasa kecewa dengan sikap Timbalan Menteri Pendidikan, YB Teo Nie Ching, dan melahirkan rasa kesal serta dukacita dengan kenyataannya yang mengucapkan tahniah dengan keputusan Peguam Negara, Tommy Thomas, berikutan keputusan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia (LKPUM) yang mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan A-Levels.
2. Apa yang lebih menyedihkan lagi tindakan Tommy Thomas membenarkan LKPUM mengiktiraf UEC setaraf dengan STPM dan A-Levels bermakna seseorang yang lulus UEC boleh membuat permohonan untuk menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (PSAG) dan seterusnya berkhidmat sebagai peguam selepas memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan.
3. Ini bermakna apakah Malaysia bakal menyaksikan para peguam yang berkelulusan UEC ini suatu hari nanti bakal beraksi di Mahkamah Persekutuan sedangkan lulusan ini datang dari aliran yang berbeza yang diragui keabsahannya dalam persada pendidikan negara?.
4. Timbalan Menteri Pendidikan, YB Teo Nie Ching ternyata gembira dengan keputusan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia yang mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan A-Levels.
5. Menerusi kenyataan yang ditulis dalam bahasa Mandarin dalam akaun Facebook rasminya malam tadi, Nie Ching turut mengucapkan tahniah secara khusus kepada Peguam Negara, Tommy Thomas yang merupakan Pengerusi Lembaga Kelayakan Profession Undang-undang Malaysia.
6. Lajnah Pendidilan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor kesal Lembaga Kelayakan Profession Undang-undang Malaysia telah bersetuju UEC adalah setaraf dengan STPM dan A-Levels, dan perkara ini membolehkan pelajar persendirian Cina boleh membuat permohonan untuk menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (PSAG).
7. Semalam, Peguam Negara Tommy Thomas dalam kenyataan memaklumkan Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (PSAG) akan menerima pakai kelayakan UEC pada tahap ‘Senior Middle 3’ untuk bermula 1 Januari 2021.
8. Sebelum ini tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) yang telah membuka permohonan calon perguruan kepada pemegang Sijil UEC adalah BERTENTANGAN dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan sangat mengejutkan dan amat kami kesali.
9. Kenyataan ini bercanggah ,sebab dalam proses UEC masih dibuat kajian dan akan diserahkan Julai 2019 ,tetapi mengapa KPM tergesa -gesa dan seakan terdesak mengumumkan bahawa permohonan calon perguruan bagi pemegang sijil UEC boleh diterima masuk ke kampus IPG.
Sepatutnya KPM mesti menangguhkan apa sahaja keputusan berkaitan UEC ini. Ini bermakna seolah -olah Unit Kajian Dasar yang diwujudkan tidak berfungsi dan tidak diiktiraf oleh kerajaan .
10. PAS Johor juga meragui individu yang menganggotai jawatankuasa pasukan kajian dasar ini kerana seolah -olah berkepentingan berasaskan komitmen mereka dalam organisasi yang selama ini berpihak kepada UEC.
11.Asas penolakan kami mewakili warga pendidik adalah *SMP Cina (Sekolah Menengah Persendirian Cina)tidak berada dalam sistem dari segi 3 seksyen, iaitu 15, 17 dan 18 dalam AKTA PENDIDIKAN NEGARA 1996. Oleh itu, UEC daripada SMPC tidak boleh sesekali diterima untuk pengiktirafan ke IPTA dan/atau ke dalam sektor pekerjaan awam.*
UEC mewakili hanya 15 % daripada keseluruhan pelajar di Malaysia.
Sebab itu KPM sepatutnya tidak perlu melayan tuntutan mereka berdasarkan Perlembagaan Negara dan Akta Pendidikan 1996 ini.
12. Dalam sidang Dewan Rakyat ,Menteri Pendidikan Malaysia ,YB Mazlee Malek berkata KPM masih belum membuat keputusan sama ada mahu mengiktiraf UEC atau tidak , kerana masih menunggu laporan kajian dari Pasukan Unit Kajian Dasar yang diwujudkan untuk mengkaji pandangan tokoh akademik NGO ,dan lain -lain agensi serta parti politik sebelum memuktamadkan sebarang keputusan berkaitan pengiktirafan UEC ini.
13. Persoalannya,mengapakah Timbalan Menteri terburu -terburu seolah -olah terdesak membuat pengumuman mendahului Menteri KPM? Justeru ,Pendidik berharap YB Teo Ni Ching jangan ibarat peribahasa *’lebih sudu dari kuah’* dan bersikap mendahului
pengumuman Menteri Pendidikan Malaysia sendiri sekaligus menggambarkan percanggahan kenyataan antara Menteri Pendidikan dengan status beliau sebagai Timbalan Menteri yang akhirnya akan menjejaskan integriti serta kredibiliti kedua -dia menteri dalam KPM itu sendiri.
Salam hormat:
Puan Normala Binti Sudirman
Pengerusi Lajnah Pendidikan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor
Merangkap AJK Lajnah Pendidikan PAS Pusat.
31 Mac 2019 bersamaan 24 Rejab 1440H.