Home Berita PAS Pusat

Kenyataan Media Lajnah Dakwah PAS Pusat : Pertandingan Cerpen Dakwah Sempena PKP Fasa 3

1285
SHARE


Kenyataan Media Lajnah Dakwah PAS Pusat
Pertandingan Cerpen Dakwah Sempena PKP Fasa 3
Anjuran : Lajnah Dakwah PAS Pusat


Lajnah Dakwah PAS Pusat terlebih dahulu merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia yang mencintai keamanan, perpaduan ummah dan gerakkerja dakwah Islamiyyah di bumi tercinta ini, khasnya buat mereka yang gigih menunjukkan bakat menyertai Pertandingan Cerpen Dakwah anjuran Lajnah Dakwah PAS Pusat.

Berakhirnya waktu berurusan pada jam 4.30 petang tadi, Maka Lajnah Dakwah PAS Pusat telah melabuhkan tirai Pertandingan Cerpen Dakwah Sempena PKP Fasa 3. Pertandingan ini telah bermula sejak 18 April 2020 dan berakhir 30 April 2020. Seramai 450 penyertaan yang telah menghantar e mail cerpen masing-masing kepada Lajnah Dakwah PAS Pusat.

Justeru itu, malam ini Jabatan Dakwah PAS Pusat akan bermesyuarat secara on line untuk menyaring ke semua cerpen yang dihantar sebelum memilih cerpen yang layak dan menepati syarat pertandingan untuk diangkat ke panel juri profesional dan berauthority untuk menilai cerpen-cerpen tersebut pada 2 Mei 2020.

Panel Juri Pertandingan Cerpen Dakwah Sempena PKP Fasa 3 anjuran Lajnah Dakwah PAS Pusat ini akan dipengerusikan oleh Ybhg Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor selaku Pengerusi Lajnah Kesenian PAS Pusat. Kita mempunyai 6 orang Juri yang berwibawa Insyaallah.

Insyaallah, Senarai pemenang akan diumumkan kepada media dan juga kepada individu berkenaan pada 14 Mei 2020 akan datang.

Hadiah yang ditawarkan kepada peserta Pertandingan Cerpen Dakwah ini :

Pemenang Tempat Pertama (Johan) : Wang Tunai RM1,000.00 bersama 3 buah Kitab agama bernilai RM115 sumbangan Syarikat Penerbitan Maju Demi Ummah dan Sijil Penyertaan.

Pemenang Tempat Kedua (Naib Johan) : Wang Tunai RM750.00 bersama 3 buah Kitab agama bernilai RM115 sumbangan Syarikat Penerbitan Maju Demi Ummah dan Sijil Penyertaan.

Pemenang Tempat Ketiga : Wang Tunai RM450.00 bersama 3 buah Kitab agama bernilai RM115 sumbangan Syarikat Penerbitan Maju Demi Ummah dan Sijil Penyertaan.

10 orang pemenang saguhati yang bakal meraih wang tunai RM80.00 setiap individu. Menulis Untuk Dakwah

Islam Memimpin Perpaduan

Nasrudin bin Hassan at Tantawi
Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat