Home Berita PAS Selangor

Kenyataan Media Khidmat Malaysia Negeri Selangor – Info Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Selangor

610
SHARE

Oleh : Ustaz Noor Najhan Bin Mohamad Salleh

PKPB Selangor : Rakyat Selangor Perlu Kekal Tenang & Patuhi SOP PKPB

  1. Khidmat Malaysia Selangor (KMS) merakamkan ucapan dukacita di atas pengumuman pihak Kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa 14 Oktober 2020 jam 12.01 tengah malam hingga 27 Oktober 2020;
  2. KMS amat memahami tindakan pihak Kerajaan tersebut terpaksa diambil disebabkan peningkatan ketara kes positif penularan wabak pandemik Covid-19 di kalangan warga tempatan mutakhir ini;
  3. KMS sangat memandang serius terhadap peningkatan kes positif penularan wabak Covid-19 yang disebabkan kealpaan dan kecuaian sesetengah pihak terhadap pengarahan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) Keselamatan Kementerian Kesihatan Malaysia di dalam usaha memutuskan rantaian penularan wabak ini;
  4. Namun begitu, pihak KMS yakin dan percaya bahawa rakyat Selangor khususnya mampu mengharungi situasi PKPB ini secara tenang kerana telah mempunyai pengalaman melalui Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sebelum ini. Rakyat Selangor telah berjaya mengatasi situasi tersebut dan kali ini pihak KMS meminta sekali lagi agar seluruh rakyat Negeri Selangor kekal tenang dan bersabar menghadapi PKPB dengan mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh pihak yang berwajib;
  5. KMS menyeru agar seluruh rakyat Negeri Selangor dapat mematuhi SOP PKPB yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan rantaian penularan wabak pandemik Covid-19 ini dapat diputuskan dan ditamatkan;
  6. Seluruh rakyat Negeri Selangor diminta untuk terus bermunajat dan berdoa mengikut kepercayaan agama masing-masing agar wabak Covid-19 akan dapat dihapuskan dan pesakit-pesakit Covid-19 kesemuanya dikurniakan kesembuhan seperti biasa;
  7. KMS juga telah bersiap siaga untuk memberikan sebarang bentuk bantuan sekiranya diperlukan oleh pihak-pihak berwajib seperti yang pernah dilakukan semasa PKPD lalu dan pengarahan kepada Khidmat Malaysia Kawasan-Kawasan seluruh Selangor juga telah dikeluarkan untuk kekal bersedia dengan persiapan dan peralatan yang sewajarnya;
  8. Akhirnya, KMS sekali lagi mengharapkan agar seluruh pihak terutamanya rakyat Negeri Selangor dapat mematuhi setiap pengarahan dan SOP kesihatan serta keselamatan pihak yang berwajib supaya kita dapat memutuskan rantaian penularan wabak pandemik Covid-19 ini dengan kadar segera.

Bersamalah kita menjaga diri kendiri, ahli keluarga, jiran tetangga, ahli kariah dan masyarakat di sekeliling kita.

Ustaz Haji Noor Najhan Bin Haji Muhammad Salleh
Pengerusi
Khidmat Malaysia Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor