Home Kenyataan Media PAS Selangor

Kenyataan media DPPNS : Tangkap dan dakwa penghina Nabi – Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

100
SHARE

May be an image of 1 person and text that says "Terbitan oleh: Nümed DPPNS KENYATAAN MEDIA TANGKAP DAN DAKWA PENGHINA NABI USTAZ HANAFI ZULKAPLI Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Selangor 03 Jun 2021 22 Syawal 1442H SPYMERIA #MEMIMPIN NECARA YCG Youth4Gree Dewan Pemuda PAS Selangor http://mudaselangor.pas.org.my"

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Ustaz Hanafi Zulkapli
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Kenyataan Media
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

TANGKAP DAN DAKWA PENGHINA NABI

1. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) menggesa pihak berkuasa dan penguatkuasa agama untuk mengambil tindakan tegas untuk segera menangkap dan mendakwa Shuhainie Mohamed atas dakwaan beliau ke atas Nabi Muhammad SAW yang menghina dan menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar.

2. Individu tersebut telah menghina Nabi Muhammad dengan menyatakan Baginda tidak mempunyai kemaluan bagi menyokong dakwaannya yang sesat dalam menyatakan Nabi Muhamad adalah Tuhan. Dakwaan ini disiarkan dalam satu sesi secara live di Facebook Sidang Kalam pada 2 April 2021 jam 9.00 malam.

3. Jelas kesesatan ini perlu diambil tindakan segara agar dapat dibendung dari merosakkan aqidah umat Islam yang lain. Selain itu, pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia wajar menyekat laman Facebook individu terbabit dan sebarang sebaran yang melibatkan dakwaan yang sesat lagi berunsur menghina Nabi Muhammad agar dapat memelihara kesucian agama dan aqidah umat Islam.

4. Amat bahaya, jika siaran rakaman ini terus tersebar tanpa sebarang usaha membendung dan menyekat kerana tiada tapisan. Amat malang lagi, jika perkara sebegini dianggap remeh yang akhirnya kesan akan dapat dilihat kepada masyarakat umum kelak.

5. DPPNS mengharapkan kerjasama baik pihak PDRM untuk mengambil tindakan proaktif dalam isu ini. Kesemua Pemuda Kawasan di negeri Selangor akan membuat laporan polis berhubung isu dengan segera sebagai tanda serius di peringkat Pemuda PAS di negeri Selangor dengan menggesa individu yang menghina Nabi Muhammad segera ditangkap dan didakwa.

6. Pihak penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri juga perlu tampil segera mengambil pendirian tegas dan menahan kerana jelas apa yang didakwa tersebut menyentuh soal agama secara seleweng. Wajar untuk pihak penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri bertindak mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 atau mana-mana seksyen yang bersesuaian dengan isu yang timbul.

Memimpin Negara
Pemuda Bangkit Demi Islam

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor