Home Kenyataan Media PAS Wilayah

Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

265
SHARE

DPPWP saran lanjutkan pengecualian pembayaran sewa PPR

  • Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menghargai keputusan pengecualian pembayaran sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang diumumkan kerajaan bermula April 2020 sehingga September 2020. Pengumuman ini sedikit sebanyak melegakan warga kota yang terjejas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

  • DPPWP juga turut berbesar hati dengan keputusan yang diumumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berhubung pengecualian sewa PPR dilanjutkan lagi sehingga Disember 2020 yang memanfaatkan 40,000 penyewa. Namun demikian, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur dan Selangor yang masih samar-samar bilakah akan berakhir tempoh ini bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

  • Tambahan pula buat para ibubapa dalam menyediakan peralatan dan pakaian bagi tujuan persiapan ke sesi persekolahan yang akan bermula pada 20 Januari 2021 juga bakal menjadikan perbelanjaan mereka meningkat. Disamping itu diskaun bil elektrik buat kediaman (Tarif A-Domestik) yang diumumkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga turut berakhir pada 31 Disember 2020.

  • Sehubungan dengan itu, DPPWP mencadangkan agar Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi lanjutan pengecualian pembayaran sewa PPR sehingga tempoh yang difikirkan munasabah diperingkat kementerian secara bersasar bagi mereka yang terjejas pendapatan sepanjang tempoh PKPB.

  • Diharapkan cadangan dan saranan daripada pihak kami dapat diperhalusi dengan sebaiknya agar dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh rakyat.

Mohammad Rashidi Abd Razak
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

30 Disember 2020