Home Kenyataan Media PAS Selangor

KENYATAAN MEDIA DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI SELANGOR- BATAL AGENDA YAHUDI ZIONIS DI MALAYSIA: AMGGRC MESTI JADI PENGAJARAN

622
SHARE

Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS) melihat pembatalan penganjuran ‘All Malaysia-Golden Gate Revival Convocation (AMGGRC) yang akan berlangsung pada pertengahan Jun hadapan sebagai satu pengajaran kepada seluruh masyarakat di Malaysia amnya, dan kelompok Yahudi Zionis khasnya yang cuba mengambil tempat penting di Malaysia.

Tahniah DMPNS ucapkan kepada Ketua Menteri Melaka, Ketua Polis Melaka diatas usaha untuk memastikan program tersebut tidak diteruskan, seterusnya, meredakan kerisauan dek wujudnya elemen mengugat kestabilan negara dan keharmonian kaum.

Gelagat Yahudi Zionis ini telah dirakamkan dan dipersembahkan oleh Allah di dalam pelbagai tempat dan tema di dalam Al-Quran. Sikap mereka ini diketahui gelojoh dengan kuasa dan pengaruh, sanggup membunuh dan menghalalkan darah umat Islam dan insan yang tidak bersalah demi memenuhi cita-cita mereka, pastinya tidak akan berhenti untuk menyeru supaya manusia meninggalkan cahaya Islam dan panduan Al-Quran sehingga ke hari Kiamat.

Bahkan bukan itu sahaja, mereka masih terus melanggar undang-undang hak asasi manusia di peringkat antarabangsa kononnya diatas nama keamanan, meneruskan agenda menjajah Negara Palestin untuk mendirikan Negara Haram Israel,  walaupun telah diberi amaran dan tekanan oleh pelbagai organisasi dan individu, tanpa mengira agama, kaum dan budaya termasuklah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Hak Asasi Manusia (UNHCR).

Justeru itu, semua masyarakat di seluruh pelusuk tanah air digesa berhati-hati dengan sebarang agenda seperti ini supaya keamanan dan kesejahteraan negara yang kita kecapi ini, tidak dicampur tangan oleh pihak-pihak yang berkepentingan jahat.

DMPNS juga turut bersama menyokong pembatalan siri yang sama, ‘All Borneo Revival Convocation 2017’ yang dijadualkan berlangsung di Sarawak akhir Jun ini. DMPNS turut berharap agar penganjuran program dan aktiviti seumpama ini tidak lagi dianjurkan di Malaysia.

DMPNS mendesak Kementerian Dalam Negeri tegas menyatakan pendirian Malaysia terhadap penganjuran program yang memberi ruang kepada musuh-musuh Islam bertapak di tanahair Malaysia.

Bersama-samalah kita berdoa di kesempatan Ramadhan bulan barakah ini, agar Allah tidak menguji Malaysia dengan fitnah dan bala sehingga kita menjadi pemaksiat kepada Allah dan Allah menyelamatkan Malaysia dari perancangan zalim para zionis yahudi laknatullah.

Ramadhan Kareem

“Pertegas Prinsip Perjuangan”

Ustazah Hjh Wan Hasrina Bt. Wan Hassan
Ketua
Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

14 Ramadhan 1438H/ 9 Jun 2017