Home Kenyataan Media PAS Pahang

Kenyataan  Media Dewan Muslimat PAS Negeri Pahang:Hentikan Tragedi Nyawa Diragut Pemandu Mabuk

5
SHARE

KENYATAAN RASMI DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI PAHANG

21 Ogos 2025 / 27 Safar 1447

HENTIKAN TRAGEDI NYAWA DIRAGUT PEMANDU MABUK

Dewan Muslimat PAS Negeri Pahang melahirkan rasa amat dukacita di atas kejadian kemalangan maut yang berlaku akibat kecuaian pemandu mabuk. Tragedi ini bukan sahaja meragut nyawa insan tidak berdosa, malahan meninggalkan luka yang mendalam kepada ahli keluarga mangsa.

Nyawa yang hilang tidak boleh diganti, sementara penderitaan keluarga yang ditinggalkan amat sukar dibayangkan. Sudah terlalu banyak nyawa melayang akibat perbuatan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kami menggesa pihak berkuasa agar memperketatkan lagi undang-undang serta memperhebatkan penguatkuasaan terhadap pemandu mabuk. Minuman keras bukan sahaja merosakkan diri, malah menjadi punca derita kepada masyarakat.

Dewan Muslimat PAS turut menyeru seluruh rakyat agar bersama-sama menolak budaya minum arak yang menjadi punca kepada pelbagai kerosakan sosial. Kesedaran ini perlu digerakkan secara bersama demi menyelamatkan lebih banyak nyawa di jalan raya.

Kami juga menyarankan agar kempen kesedaran dipergiatkan, terutama kepada generasi muda, supaya mereka memahami bahaya arak dan kesannya terhadap keselamatan diri serta masyarakat. Pencegahan jauh lebih baik daripada meratapi kehilangan yang berulang.

Sesungguhnya setiap nyawa amat berharga. Semoga roh mangsa dicucuri rahmat Allah SWT dan keluarga yang ditinggalkan diberi kekuatan menghadapi ujian ini.

 

YB Salamiah binti Mohd Noor

Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Pahang

Ahli Parlimen Temerloh