Home Rencana PAS Selangor

Kenapa sijil vaksinasi perlu menjadi kontroversi? – Pengarah Task Force Vaksin KMNS

177
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengarah Task Force Vaksin
Khidmat Malaysia Negeri Selangor

Ketika ini terdapat suara-suara mempertikaikan kerajaan Malaysia yang sedang melaksanakan langkah-langkah kawalan pendamik di negara kita dengan meletakkan syarat wajib perlu menunjukan sijil penerimaan 2 dose vaksinasi melalui aplikasi My Sejahtera di telefon pintar sebelum dibenarkan makan di mana-mana kedai makan, restoran dan kemudahan lain seperti solat di Masjid dan Surau.

Tahukah anda dokumen yang serupa juga pernah dikeluarkan lebih dari satu abad yang lalu, bagi membuktikan seseorang itu telah menerima vaksin atau tidak dan ia berlaku ketika zaman pemerintahan Kerajaan Uthmaniyyah bermula pada tahu 1908 ketika wabak penyakit cacar mula dicegah melalui kaedah vaksin.

Sijil vaksinasi tersebut, ditulis dalam tulisan bahasa Arab rasmi dan juga tulisan bahasa Perancis, menunjukan Dokumen tersebut adalah dokumen bertaraf antarabangsa mengandungi perincian orang yang menerima vaksin bagi kegunaan rakyat untuk bergerak dalam dan luar negara ketika zaman Sultan Abdul Hamid Khalifah Uthmaniyyah 1326 Hijrah bersaman 1908 Masihi.

Sangat teruja apabila kaedah ini ternyata dari awal telah diguna pakai oleh pemerintah sebuah kerajaan Islam dan bukanlah hanya satu lagi epilog cerita karut yang kononnya agenda negara Barat dan Yahudi, jika benar agenda Yahudi adakah Sultan Abdul Hamid yang memerintah ketika itu begitu mudah percaya dan tunduk dengan agenda Yahudi ini?.

Maka persoalan yang di timbulkan lagi oleh golongan anti vaksin, “bagaimana hak mereka yang tidak mempunyai vaksin boleh keluar rumah jika syarat kebenaran hanya diberikan kepada penerima lengkap 2 dose vaksin sahaja”.

Jawapan mudah bagi persoalan ini adalah “ambil sahajalah vaksin”, kenapa tidak mahu ambil sedangkan kaedah vaksinasi itu asalnya adalah kajian yang dihasilkan oleh pakar perubatan Islam yang berusaha mengekang penularan wabak cacar yang telah melanda dunia beratus tahun mengorbankan beratus juta nyawa.

Islam mengajar kita cara pencegahan jika berlakunya wabak, vaksin bukanlah ubat tetapi cara pencegahan dengan meningkatkan ketahanan imunisasi badan melawan jangkitan virus tersebut agar tidak merebak menjangkiti lebih ramai manusia. Bukankah Islam mementingkan penjagaan nyawa dalam kaedah Fiqh penetapan hukum syarak.

Sejarah menunjukan wabak cacar yang wujud sekian lama dan telah mengorbankan beratus juta nyawa itu telah dapat dibendung melalui penerimaan vaksin BCG dan pada tahun 1980 dunia diisytiharkan bebas dari wabak cacar, dan kita semua sudah diberikan vaksin BCG semejak lahir lagi, jadi kenapa perlu bersikap berlebihan menolak.

Vaksin bukanlah kepercayaan kita mengatasi ketentuan Allah, jadikan pengambilan vaksin sebagai salah satu langkah dan usaha kita bersama mencapai imunisasi kelompok dan seterusnya mengekang penularan wabak sehingga kita mampu keluar dari pandemik Covid-19 ini, demi keluarga, anak-anak kita dan rakyat agar kita semua mampu kembali kepada fitrah kehidupan kita.

Wallahualam..

7 September 2021 | 29 Muharram 1443H
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor