Home Berita PAS Pahang

Kenapa Saya Tidak Pernah Terlepas Menyertai Himpunan?

1215
SHARE

Ramai teman yang hairan mengapa saya dan sahabat-sahabat di kalangan ustaz-ustaz tidak pernah terlepas menyertai perhimpunan mega anjuran Parti Islam Se-Malaysia sama ada himpunan Hijau mahupun Fastaqim.

Saya meskipun tidaklah sesihat orang-orang muda lain namun tetap rasa teruja menghadiri himpunan seumpama ini. Kenapa?

Jawapannya ialah himpunan seumpama inilah yang dapat menghidupkan kembali ruh perjuangan Islam yang kadangkala malap dek kerana persekitaran kerja, keselesaan hidup dan kesibukan urusan duniawi.

Di himpunan seumpama ini saya akan bermotivasi kembali apabila melihat orang-orang tua, makcik-makcik yang uzur malah OKU yang sanggup bersusah payah demi rasa cinta mereka kepada perjuangan Islam!

Di himpunan seumpama ini jugalah saya dapat bertemu dengan sahabat-sahabat yang pernah belajar di universiti tempatan mahupun luar negara dan kini menjawat pelbagai jawatan kerajaan namun cinta mereka kepada perjuangan Islam tidak lansung membibitkan rasa takut atau rasa tidak selesa meskipun terpaksa bersesak dan berjalan kaki dalam jarak yang jauh untuk hadir ke himpunan ribuan manusia ini.

Apa yang lebih mengujakan saya dan pastinya semua yang hadir ialah dapat mendengar tazkirah, taujihat dan amanat pemimpin yang akan menyegarkan kembali ruh perjuangan Islam dan menyematkan dalam jiwa sifat istiqomah bersama kepimpinan ulama meskipun pelbagai fitnah yang melanda.

Pasti ramai yang pelik, kami keluar duit dan kami berpenat lelah datang sejauh ini tetapi kami puas…kenapa ye?

Itulah sebenarnya nikmat berada dalam saf jamaah. Sifat ikhlas, sabar, taat, berkorban, walak, thiqah dan ukhuwwah dididik secara praktikal dalam program-program seumpama ini dan bukan sekadar teori semata. Mereka yang meninggalkan jamaah, menaruh benci serta curiga kepada kepimpinan ulama dan enggan hadir sebarang program jamaah pastinya semakin tidak memahami hakikat perjuangan ini!

Tuduhan mereka, fitnah mereka dan sindiran mereka sudah menyamai nada dan bahasa musuh Islam yang sangat benci kepada sebarang bentuk usaha menegakkan kalimah Allah Taala di muka bumi ini.

Al Fadhil Ust Zuridan Daud

AJK DUP Pahang | 3 Oktober 2017