Home Berita PAS Selangor

Kenapa mesti kita pertahankan masjid Al-Aqsa? – Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

849
SHARE

May be an image of ‎text that says "‎Dewan imat Ûب PAS Malaysia KENAPA MESTI PERTAHANKAN MASJID AL-AQSA?? 1 Kiblat PERTAMA bagi umat Islam 2 Masjid KEDUA yang dibina di muka bumi 3 Tempat bersejarah peristiwa ISRAK & MIKRAJ Bumi Palestin bumi Para Anbiya diutuskan 5 Masjid KETIGA yang paling SUCI di sisi Allah swt. Dewan Muslimat PAS Malaysia DMPM muslimatpas twitDMPM muslimat.pas.org.my‎"‎

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam, juga merupakan bumi al-Isra’ dan al-Mi’raj. Hati-hati umat islam di seluruh dunia sangat sedih dengan apa yang telah dan sedang diperlakukan terhadap masjid yang mulia ini. Status masjid al-Aqsa sangat jelas, sebagaimana sabda Rasulullah SAW

“Janganlah kamu bersusah payah bermusafir kecuali ke tiga buah masjid: Masjidil Haram dan Masjidku ini dan Masjid al Aqsa”
(Riwayat Muslim)

Kenapa kota Baitulmaqdis begitu penting kepada kaum Muslimin? Sesungguhnya ia adalah sebuah kota kepada ramai para nabi, dari Nabi Ibrahim AS, kemudiaanya Nabi Ismail, dan seterusnya sehinggalah Muhammad SAW.

Masjid al-Aqsa adalah salah satu dari masjid terawal yang dibina di muka bumi. Dari Abi Dzar al Ghifari, ”Saya pernah bertanya kepada Rasulullah. Wahai Rasulullah, masjid apa yang pertama diletak (dibangunkan) di bumi? Baginda bersabda: Masjidil Haram. Saya bertanya lagi, kemudian apa? Baginda bersabda: Masjid Aqsa. Saya bertanya. Berapa lama antara keduanya? Baginda bersabda Empat puluh tahun.”

Kini, kita kaum Muslimin tidak sekali-kali boleh mendirikan solat ke arah Masjid al-Aqsa sebagai kiblat. Namun, kita mesti menghormati dan menyayangi kota Baitulmaqdis dan masjid al-Aqsa yang penuh keberkatan itu.

Malah, adalah menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk menjaga masjid tersebut dari sebarang ancaman dan kerosakan seperti yang berlaku sekarang dimana seluruh saudara kita di Palestin yang mempertahankan Masjid Al-Aqsa kerana masjid ini adalah milik mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW dan semua pada Rasul yang telah diutuskan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor