Home Berita PAS Perlis

Kenali Pesuruhjaya PAS Perlis

1803
SHARE

Sekalung tahniah diucapkan kepada YB Mohd Shukri Bin Ramli atas pelantikan sebagai Pesuruhjaya PAS Perlis pada sesi kali ini.

Beliau merupakan anak jati Perlis, lahir pada 6 Februari 1961 di Kangar, Perlis. Dikurniakan sayap kanan yang setia di sisi iaitu Pn Najwa Bt Othman, hasil perkongsian hidup mereka, telah dikurniakan seramai 6 orang cahaya mata.

Latar Belakang Pendidikan

YB Cikgu Syukri mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Padang sebelum meneruskan pengajiannya ke Sekolah Menengah Sheikh Ahmad. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, di Maktab Perguruan Rajang Sarawak dalam bidang Pengkhususan Bahasa Melayu.

Pengalaman Mendidik

Sejurus tamat, beliau telah ditempatkan di dua buah sekolah di Sarawak iaitu di Sekolah Kebangsaan Kampung Beraya,Miri dan kemudiannya di Sekolah Kebangsaan Kampung Pulo,Kuching.

Di Perlis, beliau telah berpengalaman mendidik di beberapa buah sekolah, antaranya Sekolah Kebangsaan Padang Keria, Sekolah Kebangsaan Dato Wan Ahmad, Sekolah Kebangsaan Felda Mata Ayerdan yang terakhir di Sekolah Kebangsaan Sungai Baharu.

Politik

Beliau telah bertanding di DUN Sanglang pada pilihanraya umum ke 13 dan berjaya memenangi kerusi tersebut, menewaskan calon daripada Barisan Nasional yang juga anak kepada mantan mufti Perlis, Fathul Bari bin Mat Jahya. Beliau kemudiannya diamanahkan sebagai Pesuruhjaya PAS Perlis untuk sesi 2013-2015, menggantikan Ust. Hashim Jasin (kini Mursyidul Am PAS).

Kini, beliau telah dilantik semula sebagai Pesuruhjaya PAS Perlis bagi sesi 2017 – 2019 serta menjawat jawatan Ketua Lajnah Politik dan Pilihanraya dan YDP PAS Kawasan Arau.

{jathumbnail off}