Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Gombak | Memetik kenyataan Dewan Muslimat PAS Gombak, menyatakan mereka menyahut seruan kempen Jom Vaksin anjuran PAS Pusat pada 29 Mei 2021 lalu.
Seperti yang sedia maklum, vaksin secara amnya mengandungi antigen yang diperolehi dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan.
“Dewan Muslimat PAS Gombak juga ingin mengajak semua untuk sama-sama kita sebarkan maklumat serta mengajak ahli keluarga serta kenalan kita untuk sama-sama mendaftarkan diri dan mendapatkan vaksin sebagai perlindungan awal diri dari dijangkiti pandemik ini” sambung kenyataan tersebut.
Jom sama-sama kita sambut seruan kerajaan untuk divaksin demi keselamatan diri, keluarga dan orang di sekeliling kita.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor