Home Berita PAS Selangor

Kempen membeli sambil menderma face mask Palestine – Dewan Muslimat PAS Selayang

387
SHARE

May be an image of 4 people and text that says "સG MALAYSIA #Ald4Palestine RM10 SEUNIT Setiap pembelian RM2 akan dimasukkan ke dana #AidYpalestine KEMPEN MEMBELI SAMBIL MENDERMA FACE MASK PALESTIN JENIS IKATAN TALI KEPALA JENIS 2 GELUNG TELINGA Bayaran boleh dibuat di akaun berikut:- 562508520584 (Maybank) Dewan Muslimat PAS Selayang Tempahan dibuka sehingga 25hb mei 2021. Hubungi Puan Bazilah 011 3292 0086"

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Selayang | Serangan yang berlaku Palestin oleh Rejim Zionis telah membangkit kemarahan dan semangat umat sedunia untuk menentang kekejaman mereka. Semangat umat islam untuk berjuang bersama-sama khususnya di Malaysia telah tertonjol dengan segala kempen tentangan dan boikot barangan israel. Selain itu, Malaysia juga telah mengadakan inisiatif kutipan sumbangan yang dianjurkan oleh pelbagai NGO seluruh negara.

Inisiatif ini telah disahut oleh seluruh penduduk di Malaysia tidak kira bangsa dan agama demi menegakkan nilai kemanusiaan yang telah dicabuli oleh Rejim Zionis dengan kelakuan tidak bermoral membunuh kanak-kanak dan wanita. Hal ini juga telah membuka mata seluruh dunia mengenai kekejaman mereka yang tiada hati perut.

Memetik satu sumber dari Dewan Muslimat PAS Selayang, satu kempen mendapatkan dana telah dilancarkan dengan membeli sambil menderma face mask Palestin. RM2 daripada setiap pembelian akan disumbangkan ke dana #Aid4Palestine. “Ayuh sama-sama kita menyahut seruan di Palestin dengan menyumbangkan sebahagian daripada harta kita demi kebaikan bersama”.

Tempahan boleh dibuat dan dinyatakan jenis mask pada Puan Bazilah sebelum / pada 25 Mei 2021 (Selasa) di link ini:-
Jenis:
1. Ikatan tali kepala
2. Gelung telinga

1 Unit Face Mask = RM10

“Jangan ketinggalan untuk kita bersama-sama menempah saham pahala bagi membantu saudara seperjuangan kita di Palestin. Semoga Allah memberikan kemenangan kepada Islam InshaAllah”, jelas sumber Dewan Muslimat PAS itu lagi.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor