Home Berita PAS Selangor

Kempen lockdown kendiri – PAS Kawasan Hulu Selangor

168
SHARE

May be an image of text that says "1 Keluar bila perlu sahaja KEMPEN LOCKDOWN KENDIRI Jangan dibiarkan anak berkeliaran luar rumah 2 M talian pembelian 4 3 Cari kedai paling hampir bagi membeli keperluan Polisi "Zero" tetamu ziarah ke rumah 5 Patuh SOP ditetapkan KKM 6 PAS HULU SELANGOR"

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Hulu Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Hulu Selangor | Setakat semalam sahaja kes COVID-19 di Malaysia hampir mencecah angka 7000. Kini kes meningkat secara mendadak dan hampir tidak terkawal disebabkan oleh mereka yang ingkar arahan kerajaan untuk menjaga SOP. Ada juga diantara mereka yang tidak bertanggungjawab telah menyembunyikan diri walaupun disahkan positif COVID-19 kerana tidak mahu dikuarantin.

Hal ini akan membuatkan kemenangan negara kita melawan virus ini akan tertangguh dan terus tertangguh. Oleh itu rakyat Malaysia haruslah menyahut seruan kerajaam dalam menjaga jarak sosial dan SOP. Justeru, rakyat Malaysia seharusnya berfikiran matang untuk menjaga kemaslahatan diri sendiri dan masyarakat sekeliling dengan melakukan lockdown kendiri.

Memetik kenyataan kempen yang dibuat oleh PAS Kawasan Hulu Selangor, satu inisiatif telah diambil bagi menggalakkan rakyat Selangor mengamalkan lockdown kendiri. Apatah lagi Selangor merupakan negeri yang mencatatkan angka kes harian tertinggi sudah pasti perlu mengambil serius tentang perkara ini.

Antara etika kempen “self lockdown” yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Hulu Selangor :

1. Keluar hanya bila perlu sahaja
2. Maksimumkan pembelian secara dalam talian
3. Polisi “ZERO” tetamu ziarah kerumah
4. Jangan dibarkan anak berkeliaran diluar rumah
5. Pergi ke kedai yang paling hampir dengan rumah untuk membeli barang keperluan
6. Patuhi SOP yangg telah ditetapkan oleh KKM dengan sebaiknya
Semoga Allah menjaga barisan frontliners negara dan menjaga kita semua daripada bahaya Covid-19 InshAllah.

” Kita mesti menang! ”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor