Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Tanjong Karang
Oleh : Umar Al-Hayawi
Tanjong Karang | Seperti yang sedia maklum, Tuan Guru Presiden PAS kita sendiri yang menubuhkan Sekretariat Aid4Paletine dalam menggerakkan misi kesedaran dan ‘crowdfunding’ untuk Palestin. PAS Selangor telah mensasarkan jumlah kutipan sebanyak RM1 juta setelah berjaya mengutip RM558,455.25 melalui fasa pertama.
PAS Kawasan Tanjong Karang menyatakan bahawa, di samping misi kita dalam melaksanakan kempen Dana Palestine, sumbangan Covid-19 juga turut sama dilancarkan bagi meringankan bebanan masyarakat Malaysia yang turut terjejas. Oleh itu, PAS Kawasan Tanjong Karang menyambut seruan jihad ini dengan menggerakan cawangan-cawangan dalam melaksanakan dua kempen ini yang akan berjalan secara serentak.
Ayuh sama-sama menyumbang membantu saudara kita dengan memberi sumbangan dana kepada mereka kerana itu sahaja yang mampu kita sumbangkan sekarang. Mudah-mudahan segala usaha yang dilakukan ini menjadi ganjaran dan pahala yang besar di sisi Allah sebagai tanda keimanan dan kasih sayang umat Islam kepada Palestin.
Sebarang persoalan boleh diajukan pada Setiausaha PAS Kawasan (En Adib) di talian : 0192101642.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor