Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Islam sentiasa mementingkan umatnya dan mengambil berat mengenai perkara yang boleh memudaratkan. Dalam Islam terdapat rukhsah yang membolehkan perkara yang tidak boleh ketika darurat. Perkara tersebut menunjukkan bahawa Islam sangat mementingkan nyawa.
Mengikut konteks masa sekarang, kita berada dalam keadaan darurat iaitu keadaan wabak Covid-19 yang boleh membawa maut dan dimana ikhtiar kita untuk menyelamatkan diri hanya dengan vaksin.
Menurut kenyataan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor Puan Noraini Hussin, “Usaha kerajaan memberi vaksin kepada rakyat adalah usaha tepat dalam memerangi COVID-19 yang sedang mengganas ketika ini. Musuh yang tidak nampak ini perlu dihentikan penularannya dengan satu usaha yang bersepadu dari seluruh rakyat Malaysia”.
“Jom ibu, ayah, abang, kakak dan adik, kita sahut seruan kerajaan untuk daftar vaksin,” sambung beliau lagi.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor