Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Vaksin bukan ubat tapi ianya membantu untuk meningkatkan imunisasi badan seseorang untuk melawan penyakit seperti ketika dibangku sekolah rendah kita disuntik BCG untuk mengelakkan jangkitan penyakit Tuberkulesis.
Memetik kenyataan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor Ustazah Wan Hasrina mengenai kisah vaksin bondanya, “Tarikh dos pertama bonda saya pada 11 Jun 2021. Umur bonda 78 tahun tapi tak takut mendapatkan vaksin”. Anda bila lagi?
“Mari sama-sama kita sambut seruan kerajaan untuk divaksin demi keselamatan diri kita, keluarga kita dan orang di sekeliling kita. Jika kita berkerjasama dalam melawan wabak Covid-19 ini InshaAllah Allah akan mengurniakan kemenangan buat negara kita Malaysia” sambung beliau lagi.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor