Kempen Hastag القدس_توحدنا# Seru Dunia Terus Pertahan Al-Quds
#AlQuds_SatukanKami
#AlQuds_UnitesUs
Kuala Lumpur-Isu pembebasan Al-Quds terus mendapat perhatian umat Islam hari ini. Pengumuman Trump jelas mengundang kemarahan dunia termasuk bantahan dari pihak PBB.
Terbaru, Pihak Kesatuan Ulamak Islam Sedunia Luar Negara Palestin melancarkan kempen hastag #القدس_توحدنا yang bermaksud “Al-Quds satukan kami”.
Presidennya, Sheikh Dr Nawaf Takruri berkata, ia secara rasmi bermula hari ini dan menggesa seluruh dunia menyambut baik kempen tersebut.
Terdahulu, beliau yang pernah menyampaikan ucapan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur awal Disember lalu menegaskan bahawa kesedaran terhadap pembebasan Al-Quds perlu sentiasa diingatkan kepada masyarakat; bukan sekadar protes bermusim.