Home Berita PAS Terengganu

Kempen derma darah TI Properties kumpul 130 beg darah

13
SHARE

KUALA TERENGGANU – Bertemakan “Kindness In A Pint : A Gift Of Life”,  TI Properties berjaya mengumpulkan sebanyak 130 beg darah melalui program Komuniti Kempen Derma Darah di Elysium Menara Utara, Kuala Terengganu Drawbridge

Ketua Pegawai Eksekutif TI Properties. Awasi Mohamad, ia merupakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) tahunan syarikat dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Katanya,  kempen itu adalah sebagai usaha membantu Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah mendapatkan bekalan darah mencukupi untuk kegunaan pihak hospital.

“Program derma darah ini juga bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai keperluan dan kepentingan pendermaan darah bagi menjamin bekalan darah mencukupi untuk kegunaan pesakit-pesakit yang memerlukan.

“Dan yang menarik kali ini adalah pemilihan lokasinya tidak hanya memberikan suasana yang unik dan menarik, tetapi juga membolehkan masyarakat menikmati pemandangan yang indah dari enam landskap geografi yang berbeza, yang dapat dilihat dari atas menara,”katanya kepada pemberita.

Tambah Awasi, pihaknya juga mendapat sokongan dan penajaan dari banyak pihak termasuk
syarikat 4 Fingers Malaysia  yang menjadi penaja utama dengan menaja 150 pek ayam dalam inisiatifnya menyokong kempen tersebut.

“Ini termasuk  tajaan daripada Pizza Hut, Syarikat Air Terengganu (SATU), Duyong Marina Resort (DMR), Hospital Pakar SALAM, Primula Hotel, Paya Bunga Hotel, Permai Hotel, Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para), Persatuan Sukarelawan Siswa Unisza (PERSIS).

“Setiap penderma darah yang berjaya layak mendapat pek makanan serta hadiah yang disumbangkan oleh penaja-penaja bagi memeriahkan acara,”ujarnya.

Selain itu, beliau berkata, program itu turut melibatkan Persatuan Orang Buta (PERTIS) sebagai inisiatif syarikat dalam program pembangunan vendor.

“Ianya merupakan langkah positif yang tidak hanya memberi manfaat kepada masyarakat kurang upaya tetapi juga mencerminkan tanggungjawab sosial korporat yang lebih luas.

“Dengan adanya program pembangunan vendor yang melibatkan lebih ramai individu termasuk mereka yang kurang upaya, ianya akan dapat mencipta peluang pekerjaan baru dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan,”jelas beliau.