Oleh : Pemuda PAS Kawasan Kuala Langat
Kuala Langat, Selangor | 19 September 2020
Hari ini berlangsung Program “Jom Derma Darah” anjuran Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kuala Langat dengan kerjasama Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Program bermula jam 9.00 pagi tadi dengan kehadiran Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Langat merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kuala Langat iaitu Ustaz Hanif Jamaluddin.
Program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai dan lebih memudahkan mereka lagi ialah apabila penganjur membuat sistem pendaftaran sebelum program bermula. Seramai 10 orang kakitangan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya yang bertugas pada hari ini dan sebanyak 82 beg darah dapat dikumpulkan.
Program sepatutnya berakhir pada jam 12.00 tengahari tetapi disebabkan kehadiran penderma yang diluar jangkaan maka kaunter pendaftaran telah ditutup pada jam 2.00 petang.
Menderma darah bukan sahaja suatu sedekah malah suatu perjuangan yang luar biasa.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor
#JAMKualaLangat
#DPPKL
#BeramalKeranaAllah