Titiwangsa, 24 Julai- Satu program mencari dana Pembangunan Darul Ummah (PADU) iaitu membeli durian sambil menderma telah diadakan di Darul Ummah, Kampung Pandan malam tadi.
Sebanyak 800 kilogram durian kampung telah ditempah khas dari Sungkai, untuk program ini.
Majlis malam tadi turut diserikan dengan kehadiran YB Ustaz Afnan Hamimi b Dato’ Taib Azamuddjn iaitu Ahli Parlimen Alor Setar merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, serta Dato’ Iskandar Samad iaitu Bendahari PAS Pusat.
Selain durian, terdapat juga buah rambutan, manggis & pulasan yang telah diinfaq oleh Tuan Hj Yaccob Omar, bekas Timbalan YDP PAS Titiwangsa untuk dinikmati oleh para pengunjung.
YDP PAS Titiwangsa Ustaz Mohamad Suhaimi AIzi dalam ucapan perasmiannya mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini terutamanya Pengarah program merangkap Timbalan YDP PAS Titiwangsa, Tuan Hedzer Ibrahim.
Semoga program seperti ini dapat diadakan lebih kerap demi pencarian dana untuk Pembangunan, serta menguatkan lagi ukhuwah sesama pimpinan & ahli, serta mencapai objektif program seperti yang diharapkan.