Home Artikel PAS Johor

Kem Semarak Ramadan Kali Ke 15 PAS Muar

130 views
SHARE

KEM SEMARAK RAMADAN KALI KE 15 PAS MUAR

MUAR : Program tradisi setiap kali tibanya bulan Ramadan anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Muar telah berjaya direalisasikan pada 16 – 18 Mei yang lalu.

Kem Semarak Ramadan Kali ke 15 ini diadakan di Pasti An Nur , Parit Pechah dengan kehadiran peserta hampir 70 orang yang berumur dari 10 – 13 tahun.

Antara aktiviti yang diisi dalam program ialah Latihan Dalam Kumpulan, ‘Teen N Tazkirah’, ‘Sharing Moment’, Diskusi Puasa, Menjelajah & Penerokaan Minda, Mahabbah Ramadan Bersamamu Ilahi dan rehlah.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh TYDP PAS Kawasan Muar, Cikgu Cheman Yusoh.