Home Berita PAS Selangor

Keluarga terjejas pendapatan membayar kos swab test dibantu – DMP DUN Sungai Tua

63
SHARE

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

SUNGAI TUA, 25 Ogos – “Tolong kami, kami terputus bekalan makanan dan kewangan akibat menanggung kos swab test yang terpaksa dilakukan sendiri ke atas kesemua ahli keluarga yang positif COVID-19,” mengadu salah seorang mangsa yang positif COVID-19 kepada Tim Kebajikan Muslimat PAS DUN Sungai Tua, semalam.

Setelah menerima maklumat tersebut, Skuad Prihatin Muslimat PAS DUN Sungai Tua terus bergegas berbincang dan mengaturkan bantuan berupa barang keperluan asas dapur dan ubat-ubatan untuk dihantar segera kepada mangsa.

Dalam keadaan kekangan masa serta tenaga yang ada di kalangan Skuad Prihatin ini kerana majoritinya telah mula bekerja di ofis, Allah SWT hadirkan beberapa insan sukarelawan yang turut membantu membeli barangan yang hendak disumbangkan serta dermawan yang menawarkan diri untuk memberikan wang tunai sebanyak RM200.00 kepada mangsa.

“Semoga Allah ganjari kalian dengan sebaik-baik balasan dan diberi kesembuhan buat mangsa sekeluarga”.

Bagi yang ingin turut serta membantu Skuad Prihatin ini, Jom salurkan bantuan, ringankan beban dengan sama-sama menginfak dalam tabung dana prihatin COVID-19 di pautan berikut:-
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor