Bekas Pesakit, Balu Mangsa COVID-19 & Keluarga Terjejas Akibat Pandemik Dikunjungi YDP PAS Hulu Selangor – Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Hulu Selangor
Oleh : Muhammad Alauddin
BUKIT SENTOSA, 4 September – YDP PAS Hulu Selangor Tuan Haji Hasnizan Harun telah mengunjungi ke rumah ahli yang kurang sihat dan bekas pesakit Covid di sekitar kawasan Bukit Sentosa.
Menziarahi juga isteri kepada arwah mangsa Covid. Rasa sayu hati dan simpati bila mendengar khabar tersebut. Kesempatan juga bertanya tentang keadaannya sekarang.
Program kebajikan diteruskan lagi dengan agihan bakul prihatin di Taman Kasturi kepada penerima seramai 11 orang, Alhamdulillah. Penerima mengucapkan penghargaan terima kasih kepada petugas PAS Hulu Selangor.
Turut hadir juga Ketua Lajnah Kebajikan Tuan Haji Azman dan Puan Rokiah, Ketua Cawangan Taman Kasturi serta Muslimat menziarahi ahli dan menyampaikan sumbangan.
PAS Hulu Selangor mengucapkan tahniah kepada barisan petugas dan penyumbang yang prihatin dan memahami keadaan masyarakat yang terkesan dengan pandemik.
“Semoga Allah SWT memberikan ganjaran kepada penyumbang-penyumbang yang prihatin”.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor