Home Berita PAS Sabah

Keluarga mangsa tragedi ombak besar terima sumbangan PAS

73
SHARE

OLEH: Asrenna Yun
11 Januari 2023

PITAS – keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi ombak besar di Kampung Pinggan-Pinggan Pitas telah menerima sumbangan berbentuk wang tunai.

Sahar Abdul Majid, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri berkata, PAS merakamkan salam takziah kepada seluruh mangsa yang terlibat.

“Bersabarlah atas ujian yang Allah SWT berikan, Insya Allah, Allah akan gantikan dengan yang lebih baik,” ujar beliau ketika ditemui wartawan Harakahdaily.

PAS Sabah melalui Khidmat Malaysia Negeri dan semua agensi di bawahnya komited untuk gerak kerja kebajikan dan pengurusan bencana di Sabah.

“Ini adalah tanggungjawab sebagai sesama muslim dan kemanusiaan tanpa mengira bangsa dan agama,” jelasnya.

Difahamkan bahawa rumah atas air yang didiami sejak sekian lama telah musnah teruk akibat musibah air pasang besar pada hujung Disember lepas.

Turut hadir bersama, Skuad Prihatin Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DMPNS dan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah, Norsah Bongsu.

PAS Sabah berharap agar pihak kerajaan mempunyai perancangan untuk membina penempatan yang kekal buat mereka yang terjejas.