Home Kenyataan Media PAS Pahang

KEKURANGAN BERAS PUTIH TEMPATAN DI PASARAYA PDM BESERAH: KERAJAAN PERLU TELUS DALAM PENGAGIHAN

1377
SHARE

KEKURANGAN BERAS PUTIH TEMPATAN DI PASARAYA PDM BESERAH: KERAJAAN PERLU TELUS DALAM PENGAGIHAN

Semalam, saya berkesempatan meninjau Pasaraya PDM di Beserah, sebuah pasaraya yang menjadi tumpuan golongan asnaf untuk menebus baucer bulanan RM200 yang disumbangkan oleh Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP).

Malangnya, saya tidak menemui walau satu beg pun beras putih tempatan di pasaraya tersebut. Menurut kakitangan supervisior di situ, beras tempatan memang tiada sejak tahun lepas.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sebelum ini mengumumkan bahawa mulai 1 Mac 2025, sebanyak 24 juta kampit beras putih tempatan (BPT) bersubsidi dengan berat 10 kilogram setiap satu akan dipasarkan di seluruh Semenanjung, dengan harga RM26 sekampit, khusus untuk golongan isi rumah miskin dan miskin tegar.

Namun, situasi di lapangan menunjukkan sebaliknya. Persoalannya:

  1. Di manakah beras tersebut?
  2. Bagaimana golongan sasar dapat memperolehnya?
  3. Apakah kaedah pengagihannya?

Sehingga kini, di sekitar DUN Beserah, tidak ada satu beg pun beras tempatan yang dijual di pasaran. Saya menggesa pihak kerajaan untuk berlaku telus dalam tindakan mereka dan memastikan bekalan beras sampai kepada golongan yang memerlukan.

YB Dato’ Andansura Rabu

ADN Beserah

6 Mac 2025