BESUT – Pengurusan kekayaan Sabah yang tidak seiring dengan pembangunan rakyat muncul sebagai isu paling besar menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.
Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, Haji Mohd NurKhuzaini Ab Rahman, walaupun laporan menunjukkan Sabah antara negeri yang mempunyai pendapatan tertinggi.
Hakikat di lapangan, kata beliau, tidak mencerminkan kekayaan tersebut demgan infrastruktur, kemudahan asas dan taraf hidup rakyat masih jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri lain.
“Pendapatan Sabah bukan sedikit. Tetapi kemajuan dan kemudahan untuk rakyat tidak signifikan. Kalau dibandingkan negeri yang orang kata mundur seperti Kelantan dan Terengganu sekalipun, banyak kawasan pedalaman mereka jauh lebih baik infrastrukturnya daripada di Sabah,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas merasmikan program Khujah Fun Walk 2025 di Bukit Bubus, semalam.

Menurutnya, keadaan itu menandakan perlunya perubahan kepimpinan agar kekayaan negeri dapat diurus dengan lebih adil dan saksama.
Beliau menegaskan bahawa Perikatan Nasional (PN) menawarkan satu pendekatan baharu yang berpaksikan integriti, ketelusan serta kecekapan.
Haji Mohd NurKhuzaini turut menekankan bahawa pengundi, khususnya generasi Y dan Z, semakin matang dalam menilai masa depan mereka berdasarkan fakta dan rekod prestasi semasa.
“Keputusan yang dibuat dalam dua minggu kempen ini akan memberi impak kepada masa depan lima tahun akan datang.
“Anak muda hari ini berfikir lebih jauh, dan kita harap mereka tunjukkan sekali lagi kesedaran pad PRU ke 17 nanti,” ujarnya.
NorKhuzaini juga memetik contoh pentadbiran Terengganu sebagai model tadbir urus berkesan, termasuk rekod empat tahun berturut-turut menerima audit tanpa teguran serta pengiktirafan sebagai negeri paling bahagia.

“Ini bukan kita puji diri sendiri. Data menunjukkan hasil daripada bagaimana kita memilih pemerintahan yang telus dan amanah,” katanya.
Justeru itu, beliau menyeru rakyat Sabah agar keluar mengundi dan memilih kepimpinan yang mampu menjamin masa depan negeri serta generasi akan datang.
“Saya harapkan supaya keluar mengundi dan buat pilihan yang boleh mewakili masa depan anak cucu kita,” tegas beliau.





