Home Artikel PAS Sabah

Kekalkan kepimpinan berpengalaman dan komitmen tinggi

106 views
SHARE

21 April 2019
Oleh : Laila Ismail

SANDAKAN : Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah yang telah berlangsung pada 20 April kemarin masih mengekalkan Norsah Bongsu sebagai ketua Dewan Muslimat Negeri Sabah untuk sesi 2019-2021.

Proses pengundian yang di buat selepas Majlis perasmian Mesyuarat Agung tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah kali ke 29 hari ini dilaksanakan dengan penuh harmoni dan teratur oleh Jawatankuasa Pemilihanan Parti (JKPP).

Norsah Bongsu sebelum ini telah mengetuai Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah dengan penuh iltizam sejak 2 sesi kepimpinan lepas.

Jawatan timbalan ketua dan naib ketua DMPNS juga masih kekal disandang oleh orang yang sama pada sesi kepimpinan yang lepas iaitu Zaiton Ahmad dan Ustazah Sofia Salim.

Mesyuarat Agung DMPNS tahun ini masih mengekalkan pimpinan lama yang berpengalaman dan berkomitmen tinggi berganding bahu dengan kepimpinan generasi muda yang berpotensi menerajui DMPNS pada masa akan datang.