Kekalahan DAP satu amaran besar kepada PH agar jangan mempermainkan Islam dan Melayu serta keperluan rakyat marhaen. Kemenangan calon bersama BN dan PAS satu mesej bahawa kesatuan dan perpaduan Islam Melayu mampu memberikan kuasa politik yang maksima kepada Islam dan Melayu. Hak dan keperluan pelbagai bangsa dan suku lebih terjamin di bawah naungan Islam yang menjadi asas perlembagaan persekutuan serta menghormati hak yang diperuntukkan oleh perlembagaan.
Dr Khairuddin Takiri
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2019/01/524416/prk-cameron-highlands-bn-tambah-majoriti-undi-ph-berkurangan