Home Berita PAS Sabah

Kejohanan Sukan SRITI asah bakat murid

60
SHARE

Oleh : Nur Marlyannah Umar
11 Oktober 2023

LAHAD DATU : Penyertaan anak-anak dalam aktiviti sukan bukan semata-mata mengejar kejayaan nombor satu atau menjadi juara sahaja, tetapi juga dapat mengasah kreativiti dan bakat murid.

Kejohanan Sukan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Tahfiz Lahad Datu Kali Kedua telah berlangsung penuh warna-warni di Kompleks Sukan Lahad Datu, kelmarin.

Majlis gilang-gemilang tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Ahli Majlis Daerah Lahad Datu, Kanizam Kamis yang turut menyampaikan medal dan sijil kepada pemenang.

Dalam ucapan perasmian, beliau menyatakan bahawa SRITI bukan hanya memfokuskan akademik dan agama sahaja, malah turut memberi penglibatan dalam bidang kokurikulum.

 

Beliau juga berharap para atlet yang menunjukkan bakat hebat akan mewakili penyertaan ke peringkat negeri dan kebangsaan.

Masing-masing rumah sukan yang tampil menunjukkan semangat sukan menerusi penyertaan acara balapan, memanah, bola sepak dan bola jaring.

Edisi kedua yang turut dimeriahkan dengan kehadiran awam menyaksikan pasukan Ibnu Battuta muncul menjadi juara keseluruhan, sementara naib johan disandang oleh pasukan Ibnu khaldun, dan tempat ketiga pasukan Ibnu Sina.

Sementara itu, Penolong Kanan Kokurikum, Ihzzam Bistari berkata kejayaan melaksanakan program pada kali ini adalah kerjasama dan komitmen tinggi semua pihak khususnya para guru dan sokongan ibu bapa.

Turut hadir memeriahkan program Guru Besar SRITI Tahfiz Lahad Datu, Razik Tan.