Home Berita PAS Terengganu

Kejayaan Atlet Para ASEAN 2017 Diraikan Pemuda

1021
SHARE

Kejayaan memenangi 2 pingat emas dan 1 pingat perak pada   pada temasya Sukan Para ASEAN 2017 baru-baru ini memberi inspirasi kepada anak muda Marang khususnya Rhu Rendang.

Walaupun ia adalah pentas berbeza namun kejayaan Zuhairi bin Ahmad Tarmizi di dalam acara berbasikal   harus jadi suntikan semangat buat semua anak muda dalam mengharungi cabaran samada sukan atau bidang lain. 

Kunjungan Penyelaras Pemuda PAS Dun Rhu Rendang meraikan kejayaan ini diketuai oleh saudara Arif Arifin Naib Ketua Pemuda PAS DUN Rhu Rendang bersama beberapa orang ahlijawatankuasa yang lain di rumah beliau di Kampung Rhu Muda, Marang. 

Beliau berkata “Kejayaan hebat atlet kurang upaya negara pada Sukan SEA satu berita yang menggembirakan. Jadi sudah pasti saya juga mahu lihat kejayaan sama dapat dilakukan oleh anak muda yang lain dalam bidang yang berbeza”.

Dalam masa sama, Arif Arifin mengharapkan sokongan sama dapat diberikan peminat sukan negara seperti yang ditunjukkan walaupun kurang upaya, mereka juga adalah manusia sama seperti kita.

Sedikit cenderahati sumbangan Pemuda PAS Dun Rhu Rendang turut dihulurkan bagi menghargai kejayaan saudara Zuhairi.