Home Berita PAS Selangor

Kehadiran Muktamirat Mampu Gentarkan Musuh

1240
SHARE

Oleh: Wan Noor Aziezan Baharuddin

BANGI, 25 Februari 2018 – Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Serdang (DMPS) Kali Ke-28 yang diadakan di Saujana Impian, Kajang telah dihadiri hampir 200 orang perwakilan dan pemerhati dari pelbagai cawangan Dun Bangi dan Dun Balakong.

Mesyuarat tahunan yang dimulai dengan alunan nasyid asma ul husna ini telah dirasmikan oleh Dr Rosni Adam, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia dan dihadiri Wakil Dewan Muslimat Selangor, Puan Fairuz Idris, Exco Lajnah Guaman dan Undang-undang, wakil PAS Kawasan Serdang, wakil Dewan Pemuda PAS Serdang dan juga wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Pelancaran Jentera Pilihanraya Muslimat PAS Serdang turut diadakan dalam mesyuarat kali ini melalui penyerahan bendera PAS oleh Dr Rosni Adam kepada Ketua-Ketua Muslimat Cawangan.

Penyerahan bendera ini merupakan simbolik kesiapsiagaan Muslimat PAS Serdang menghadapi Pilihanraya Umum (PRU-14) yang akan datang dalam masa terdekat.

Selain itu, YDP PAS Kawasan Serdang merangkap ADUN Bangi, YB Ust Shafie Ngah juga berkesempatan hadir untuk memberi taujihat kepada semua muktamirat.

Mesyuarat Agung Tahunan kali ini merupakan medan terbaik bagi semua ahli untuk menyalurkan pandangan dan sumbang saran mereka kepada pimpinan muslimat PAS Serdang.

Klik gambar untuk besarkan: