Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar
Oleh : Ahmad Fansuri
SUNGAI BESAR, 1 September – Khidmat Malaysia Negeri Selangor dan Muslim Care Malaysia telah turun ke Sungai Besar bagi menyerahkan kit makanan dalam Program Jaulah Tabung Bencana Covid-19 semalam.
Sebanyak 50 kit makanan diagihkan kepada kawasan Sungai Besar dalam siri jaulah mereka ke 3 kawasan di utara Selangor ini.
Haji Zulkifli bin Wahijan, Pengerusi MCM, Shehdi Hazrik bin Shamsudin, wakil KMNS diiringi oleh Ustaz Mohd Razali bin Saari hadir dalam misi ziarah ke 4 buah rumah di sekitar Pasir Panjang, Tebok Marso dan Sungai Limau.
Kesukaran hidup setelah pemergian suami akibat Covid-19 dan menyara 8 anak menyebabkan keluarga ini terkesan dalam fasa pandemik ini. 2 buah keluarga yang lain juga sedang diuji dengan masalah kesihatan.
“Redha dengan takdir Allah yang menguji keluarga ini, menjadi kekuatan kepada mereka untuk meneruskan hidup bersama keluarga tersayang”.
Turut hadir ialah Ustaz Mohd Fadzin Taslimin, Ustazah Meseripah Sirat dan penggerak MCM dan KMNS.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor