Home Rencana PAS Selangor

Kegagalan kerajaan PH Selangor makin terserlah – Setiausaha BPPN Selangor

59
SHARE

May be an image of outdoors and text that says "Farhan @lamkanahraf 9h Salam Dato MB @AmirudinShari, macam mana boleh ada kontraktor sampai the base of Bukit Tabur ridge? Hikers pun tak boleh masuk tapi heavy machinery steady je masuk? There should not be any developments allowed at Bukit Tabur. Minta penjelasan DS. @MyHutan @aktivis_alam Show this thread"

Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor

Baru sahaja diberi amaran oleh Muafakat Nasional Selangor akibat kes kontroversi Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) yang terpaksa di warta semula setelah dinyah warta kerajaan negeri kerana gagal mendengar suara rakyat hari ini kemampuan kerajaan PH Selangor terus dipertikai.

Seorang netizen melalui akaun twitternya Farhan, telah mendedahkan penggondolan sebahagian Hutan di Bukit Tabur di Gombak bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Bukit Tabur ini bukannya tersorok di Kuala Langat atau Hulu Selangor tetapi tercegat ditengah bandar yang berfungi sebagai “green lung” buat kawasan Lembah Kelang.

MB Selangor serta merta menyatakan tiada kelulusan diberikan di kawasan tersebut dan ianya merupakan aktiviti penerokaan haram. Kata MB penerokaan itu sudah dihentikan pihak penguatkuasaan dan semua jentera berat terlibat telah disita.

Kalau lihat dari gambar-gambar yang disertakan Farhan ternyata penggondolan yang dilakukan oleh jentera berat telah meliputi sejumlah kawasan yang agak luas.

Bagaimana boleh aktiviti besar-besaran di tengah-tengah Lembah Kelang ini berlaku tanpa pengetahuan Pejabat Daerah dan Tanah Gombak serta MPAJ?

MB beri alasan kononnya PBT mempunyai kekangan dari segi jumlah penguat kuasa yang terhad kerana mereka kini memfokuskan pematuhan SOP di premis dan sebagainya.

Alasan yang cukup dangkal dan tidak bertanggungjawab. Terbukti kerajaan PH Selangor cukup lemah dalam mengurus khazanah negeri dan kini kita menunggu malapetaka kesan penggondolan ini yang sudah pasti akan ditanggung rakyat khasnya penduduk sekitarnya.

Integriti kerajaan cukup longgar dan boleh dipertikaikan.

MB perlu arah siasatan besar-besaran dan pihak SPRM perlu masuk melihat kiranya ada elemen rasuah dan salahguna kuasa terlibat.

Kerajaan PH Selangor GAGAL!

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor