Home Berita PAS Pahang

Kedah teruskan lagi misi bantuan banjir ke Pahang

203
SHARE

Oleh: KHAULAH AL AZWAR

BENTONG, 11 Jan :: PAS Negeri Kedah meneruskan misi taawun mangsa banjir Pahang melalui penyerahan sumbangan kepada PAS Pahang bertempat di Pusat Tarbiyah Darul Ansar, Lanchang Sabtu lalu.

Ketibaan rombongan PAS Kedah diketuai Senator Dato’ Ustaz Ahmad Yahaya selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah telah disambut oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, YB Ustaz Rosli Abdul Jabar serta lain-lain pimpinan negeri dan kawasan.

Sebanyak sembilan kawasan terlibat banjir telah disasar meliputi Kuala Krau, Bera, Jerantut, Maran, Temerloh, Lipis, Raub, Cameron Highland termasuk Bentong.

PAS Kawasan Bentong diwakili Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan, Khairuddin Abdullah hadir bersama Naib Yang Dipertua PAS (NYDP) Kawasan, Samsuddin Abdullah yang juga Pengerusi Khidmat Malaysia PAS Kawasan Bentong, selaku wakil penerima sumbangan.

Turut serta adalah Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Kawasan Bentong, Mustaffa Abu Bakar dan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan, Zairul Azizan,  Masroni Ramli dan Nakhowi Sameon.

Dalam majlis itu, PAS Bentong menerima sumbangan sebanyak 150 set merangkumi toto, selimut dan dua biji bantal setiap satu set untuk diserahkan kepada mangsa banjir Bentong.

Pada 26 Disember lalu, PAS Pahang telah menerima cek berjumlah RM50,000 disumbangkan Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah untuk misi bantuan banjir Pahang.

Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Kedah, Senator Dato’ Ustaz Ahmad Yahaya dan disaksikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu majlis ringkas bertempat di Maahad Tahfiz Dar Al Abrar, Bentong.