Home Berita PAS Selangor

Kebenaran mengenai institusi diraja yang dihina – Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

76
SHARE

May be an image of 1 person, headscarf and text

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Khairul Nadzir Helmi
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Artikel | Begitu sayu hati apabila mendapat tahu ada seseorang yang agak besar namanya menulis perkataan ini terhadap seorang insan yang cukup disanjung tinggi, bukan hanya sebab jawatannya, tetapi juga kerana kemuliaan hatinya yang sentiasa mengambil berat perihal orang lain.

‘Qu’ils mangent de la brioche’
Let them eat cake!

Perkataan inilah yang menyebabkan seorang Permaisuri dipenggal kepalanya kerana dikatakan mengabaikan kebajikan rakyatnya sehinggakan berlakunya Revolusi Perancis yang menggulingkan pemerintahan ketika itu.

Namun, jika situasi ini disamakan dengan keadaan Permaisuri Agong kita, apa lagi yang boleh kita harapkan dengan mereka ini untuk memberi keamanan kepada negara kita.

Walaubagaimanapun, saya cuba membawa sisi yang lebih terbuka mengenai faktor berlakunya kritikan dan serangan bertali arus terhadap Institusi Raja Berpelembagaan negara kita adalah kerana akibat daripada kesusahan yang sedang dihadapi rakyat kesan daripada wabak yang sedang melanda negara.

Namun, benarkah Permaisuri Agong kita tidak membantu dan bertindak selayaknya sebagai lembayung negara kita dalam kesusahan wabak yang sedang kita hadapi ini?

1. Kita kena tahu, walaupun sebagai seorang yang memegang amanah besar dalam negara, Tuanku Permaisuri Agong amat meminati dunia masakan memandangkan Baginda juga seorang ibu kepada 7 orang anak yang sama seperti ibu-ibu biasa. Dengan minat inilah sebenarnya Baginda Permaisuri Agong menyumbang bakti semaksimanya membantu rakyat jelata dan merendahkan diri berkenan untuk mendekati rakyat dengan minat yang marhaen ini.

2. Aktiviti memasak untuk diberikan kepada frontliners ni, entah berapa kali dah Baginda buat. Ingat lagi, masa negara menghadapi krisis kepimpinan, Baginda dan Agong yang telah membekalkan makanan kepada media sepanjang krisis berjalan kerana tidak mahu biarkan mereka yang bertugas kelaparan menunggu berita. Malah, ketika banjir awal tahun yang lepas, Baginda Permaisuri sendiri berkenan untuk turun padang memasak dan mengedar makanan kepada mereka yang memerlukan bersama-sama dengan petugas dengan reseipi kegemaran Baginda. Selain itu, terdapat beberapa siri penyediaan makanan untuk frontliners yang telah disiapkan oleh Baginda bermula dari awal pandemik bermula sehingga kini. Dan yang terbaru, ‘cupcakes’ khas yang telah dibuat pada tempoh hari. Malangnya, inilah yang dijadikan modal sindiran oleh para pembenci usaha Baginda.

3. Tahukan kita, Baginda pernah mempunyai halangan dan cabaran untuk mendapatkan zuriat, dan Baginda pernah mengambil seorang anak angkat. Tetapi, Baginda tidak malu untuk berkongsi kisah perit ini kerana ingin memberi semangat kepada rakyat yang mempunyai masalah yang sama. Bukan itu sahaja, Baginda berkenan memberi bantuan yang pelbagai kepada rakyat yang berhadapan dengan ujian ini, sehinggalah Baginda menubuhkan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) dengan harapan dapat meringankan beban mereka yang mahu mendapat khidmat IVF untuk mendapatkan anak.

4. Baginda pernah berkuarantin kerana COVID19, namun setelah tamat berkuarantin dan disahkan bebas daripada jangkitan, Baginda telah menyumbang katil lipat kepada frontliners untuk memastikan para petugas mendapat keselesaan yang cukup dan terus berjuang memberi yang terbaik kepada rakyat. Saya yakin sumbangan ini diberikan setelah Baginda melihat sendiri keadaan petugas-petugas sekeliling yang berusaha memastikan keselamatan dan kesihatan Baginda berada di tahap yang terbaik. Keperitan ini telah Baginda kongsi bersama dengan semua yang terlibat dalam menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat di negara kita.

Jadi, adakah kita mengharapkan,

Agong kita dan Permaisuri Agong untuk terus berada di dalam hospital sepanjang masa, barulah kita berhenti lontarkan sindiran dan tohmahan terhadap Baginda?

Kita nak Agong dan Permaisuri terus berada di JSR, barulah kita rasa yang Baginda buat kerja untuk rakyat?

Kita nak Agong dan Permaisuri telefon seorang demi seorang yang memerlukan makanan, dan masakkan untuk semuanya, barulah kita akui Baginda ‘buat kerja’?

Ke macam mana?

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor